suria

PRK Kerdau: Syed Ibrahim lawan Hassanuddin

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau, Datuk Tariff Abdul Rahman mengangkat tangan calon Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim selepas mengesahkan dua calon tersebut bertanding di PRK DUN Kerdau. Bersama mereka (dari kiri) ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. - Foto THE STAR Oleh SAMUEL ONG

TEMERLOH: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, manakala PAS mempertaruhkan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43.

Pengumuman kelayakan berkenaan dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira pukul 11.30 pagi Sabtu.

Menurut beliau, sehingga tempoh bantahan ditutup pafda pukul 11 pagi, SPR menerima satu bantahan terhadap pencalonan dua calon berkenaan.

"Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak bantahan tersebut dan dengan ini menyaksikan wakil kedua-dua parti layak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kerdau yang akan diadakan pada 6 Man depan," katanya.

Menurut data yang dikemaskini SPR, terdapat seramai 8,999 pengundi berdaftar di DUN berkenaan iaitu 15 daripadanya pengundi pos.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin daripada BN menewaskan calon PAS, Hassanuddin dengan majoriti sebanyak 1,615 undi.

Artikel Berikut

Artikel Lain