suria

USS Blue Ridge Berlabuh Di Pelabuhan Klang Selama Tiga Hari

USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang selama tiga hari, bermula Isnin.
USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang selama tiga hari, bermula Isnin.
USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang selama tiga hari, bermula Isnin.

PELABUHAN KLANG: Kapal perang Tentera Laut Amerika, USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Barat di sini selama tiga hari bermula Isnin bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala antara pasukan tentera laut kedua-dua buah negara.

Malah lawatan itu juga adalah untuk menggalakkan masyarakat mendekati tentera laut.

Komander Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Laksamana Madya (Vice Admiral) Scott R. Van Buskirk berkata, kehadiran mereka juga jelas menggambarkan kerjasama erat antara dua buah buah negara ini sejak tahun 2009," katanya pada pemberita selepas meraikan lebih 100 tetamu jemputan petang Isnin.

Majlis itu turut meraikan hari jadi Scott yang ke-54.

Turut hadir ialah, Duta Besar AS ke Malaysia, Paul W. Jones dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Menurut Scott, dalam persinggahan di negara ini, pancaragam Armada Ketujuh Tentera Laut AS akan membuat persembahan konsert di pusat membeli belah One Utama pada jam 5.30 petang dan 7.30 malam Selasa.

Sementara itu, Paul Jones berkata, pertemuan antara dua pasukan tentera itu dapat merapatkan lagi hubungan erat sesama sendiri selain berkongsi kemahiran taktikal.

Dalam pada itu, Abdul Aziz pula berkata, sebanyak 47 kapal perang telah berlabuh di negara ini pada tahun lalu.

Katanya, kehadiran USS Blue Ridge dapat membantu TLDM mempromosikan pelancongan tentera di negara ini.

USS Blue Ridge singgah di Pelabuhan Klang dari 7 hingga 9 Mac ini dalam rangka lawatannya ke beberapa buah destinasi di rantau ini.

Destinasi seterusnya ialah Singapura. Selain Malaysia, kapal tersebut telah melawat Hong Kong dan Manila.

USS Blue Ridge ialah kapal laksamana (flagship) / perintah kepada Armada Ketujuh Tentera Laut AS. USS Blue Ridge berperanan sebagai pusat perintah dan kawalan amfibia.

Ia menyediakan bantuan dan arahan untuk mengatur pergerakan kapal-kapal tentera laut dan anggota-anggota tentera marin semasa sesuatu operasi.

Armada Ketujuh merupakan armada yang terbesar dalam Tentera Laut AS. Armada ialah angkatan laut yang terdiri daripada kapal-kapal perang.

USS Blue Ridge berpangkalan di White Beach Naval Facility, Okinawa, Jepun dan turut mempunyai detasmen operasi (operating detachment) di Sasebo, Jepun.

Artikel Lain