KUALA LUMPUR: Buku memoir oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" akan dilancarkan esok oleh MPH Group of Companies.Pengurus Besar MPH Ivy Tan berkata, buku yang ditunggu-tunggu setebal 800 muka surat berharga RM100 senaskhah itu "akan membawa pembaca menyusuri perjalanan hidup Tun yang hanya diketahui segelintir orang luar selain anggota keluarganya." "Daripada zaman kanak-kanak, termasuk perjuangan Malaya sehingga berjaya membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan British, perang dunia kedua dan kemerdekaan serta kehidupannya sebagai seorang doktor," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, Isnin.Beliau berkata, buku itu yang akan mula dijual 10 pagi esok, memaparkan sejarah Malaysia "yang dilihat daripada kaca mata tokoh yang sentiasa memainkan peranan penting, termasuk dalam menentukan pertumbuhan dan pembangunan negara".Buku itu memuatkan perjalanan hidup bekas perdana menteri yang disampaikan secara terus terang, spontan dan adakalanya dalam nada jenaka, katanya.Dr Mahathir dijadual akan menghadiri majlis pelancaran buku itu di sini petang esok. - BERNAMA