suria

126 Majikan Didenda Hampir RM100,000 Kerana Kesalahan KWSP

KUALA LUMPUR: Seramai 126 majikan dikenakan denda oleh mahkamah berjumlah RM99,550 kerana gagal membuat caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kakitangannya antara Januari dan Mac tahun ini.

Mereka termasuk majikan di Perak, Kedah dan Selangor.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata nama 226 pengarah syarikat untuk tempoh itu juga telah dikemukakan kepada Jabatan Imigresen bagi melarang mereka dari meninggalkan negara tanpa membayar tunggakan caruman KWSPnya.

"Malangnya sesetengah majikan masih melakukan kesalahan mengenai caruman KWSP mereka.

"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap majikan yang tidak mencarum dengan menggunakan setiap kaedah yang ada bagi memastikan sumbangan ahli dibayar dengan teratur," kata beliau dalam kenyataan di sini, Khamis.

Dalam tempoh itu juga, sebanyak 252 saman awam dan 787 kes jenayah difailkan di mahkamah terhadap pengarah syarikat dan majikan yang tidak membayar caruman KWSP.

Majikan yang tidak membayar caruman pada lazimnya mahkamah memberikan tempoh enam bayaran ansuran untuk menyelesaikan tunggakan caruman KWSP. -BERNAMA

Artikel Lain