TAWAU: Mayat seorang lelaki, yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut pada 28 Mei lalu, ditemui terapung oleh anggota Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) di kawasan perairan kuala Sungai Merotai pukul 3.40 petang Isnin.Pegawai Staff Operasi APMM Tawau, Leftenan (Maritim) Norihan Ngah berkata mayat mangsa yang cuma dikenali sebagai Winsen, 54, ditemui kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dilaporkan hilang. Katanya mayat Winsen dihantar ke Pangkalan Pasukan Gerakan Marin di sini sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk dibedah siasat.Norihan berkata sebelum kejadian, mangsa bersama seorang rakan yang cuma dikenali sebagai Nasir, 38, dan anak lelakinya, Ronny, 19, menaiki sebuah bot yang membawa muatan kayu dari Kalabakan ke bandar Tawau.Bagaimanapun, akibat cuaca buruk serta hujan lebat, bot mereka karam dan mangsa terjatuh ke dalam laut dan hilang manakala Nasir dan Ronny berjaya menyelamatkan diri. - BERNAMA