KUALA LUMPUR: 'Pelakon' lelaki yang dirakamkan dalam sebuah video seks yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang didakwa mempunyai 99.99 peratus persamaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pakar daripada Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat, Lorenzo Torresani dan Professor Hany Farid telah menjalankan Analisis Pengesahan Wajah terhadap pelaku lelaki dan hasilnya mendapati ia adalah menyerupai Anwar. Selain itu, laporan bertarikh 4 Jun lalu juga mengesahkan bahawa video yang memaparkan adengan seksual seorang lelaki dan wanita itu dalam keadaan berbogel itu sebagai tulen.Laporan itu dikemukakan di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, sebagai salah satu bahan bukti pada pendakwaan terhadap Trio Datuk T yang dikatakan bertanggungjawab mendedahkan video itu kepada media.Video tersebut juga disahkan tidak dilakukan sebarang tampering (ganggu gugat) atau super impose (pertidihan) dan berasal daripada satu alat perakam video digital (DVR) yang dirampas daripada seorang ahli Trio Datuk T, Shazryl Eskay Abdullah.Selain Shazryl Eskay, trio berkenaan juga dianggotai oleh Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.Shazryl Eskay dikenakan denda RM3,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda,manakala Shuib dihukum denda RM1,500 atau dua bulan penjara sementara Abdul Rahim diarahkan membayar denda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal menjelaskan denda.Majistret Aizatul Akmal Maharani menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah atas tuduhan terhadap mereka dan pada penghakimannya, beliau berkata, hukuman dijatuhkan mengikut peranan yang dimainkan oleh tertuduh dalam jenayah itu.Shazryl Eskay dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah iaitu video seks adengan seorang lelaki dan wanita secara terbuka.Abdul Rahim pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru di sini.Meskipun dikaitkan dengan dengan video seks itu, Anwar menafikan bahawa lelaki di dalam video itu adalah dirinya dan membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee, sehari selepas penayangan video berkenaan.Ekoran daripada penafian itu, Shazryl Eskay mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul pada 29 April lalu bahawa dirinya adalah lelaki yang dapat dilihat pada bahagian awal video itu dan turut berada di dalam video itu adalah Anwar.Siasatan yang dijalankan oleh pihak polis pula mendapati bahawa video itu dirakamkan di bilik sebuah apartmen di Ampang, di sini dan hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati Anwar dan Shazryl Eskay dilihat berada di lobi apartmen itu pada 21 Februari lalu.