suria

Eason Rakyat Malaysia Kedua Dilantik Peguam Diraja England

PETALING JAYA: Anak kelahiran Ipoh, Perak, Eason Rajah dilantik sebagai Peguam Diraja (QC) di England pada tahun ini.

Beliau merupakan rakyat Malaysia kedua menerima pelantikan itu selepas mendiang K.S.Nathan.

Dikenali sebagai 'taking silk' kerana jubah sutera berbeza yang dipakai oleh para QC - pelantikan itu dibuat berasaskan merit.

Pelantikan terulung itu dikurniakan ke atas peguam terpilih dari seluruh Britain.

Eason, 44, menganggap dirinya bertuah kerana permohonan buat pertama kalinya sebagai QC berjaya.

"Saya mendapati proses pemilihan begitu sukar, saya tidak yakin sama ada saya boleh memohon semula jika saya tidak berjaya," katanya.

Dipanggil oleh Majlis Peguam England dan Wales pada 1989 serta Majlis Peguam Malaysia pada 1991, beliau kini sedang mengamalkan ilmu perundangan di Ten Old Square, Lincoln Inn, London.

Beliau turut dinobatkan selaku 'peguambela terbaik' dan 'bintang yang semakin bersinar' oleh Legal 500 dan syarikat penerbitan lain.

Eason berkata, keghariahan beliau didorong oleh bapanya, Datuk N.Thurai Rajah, 83.

"Dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk saya. Saya masih mencuba," katanya.

Menurut Eason, beliau merancang untuk kembali ke Malaysia pada tahun ini atau Februari tahun depan bagi meraikan sambutan kelahiran neneknya yang ke-100.

"Saya dan isteri sentiasa berbual mengenai pembahagian masa kami di antara Malaysia dan England dalam tempoh 10 tahun lagi.

"Teknologi banyak membantu kerana saya boleh bekerja di mana-mana di dunia ini," tambahnya.

Ketika ditanya mengenai nasihatnya kepada para peguam Eason berkata; cuba lakukan kelainan.

Artikel Lain