KUALA LUMPUR: Warga asing Indonesia mendahului senarai pendaftaran biometrik dengan 896,643 orang atau 46 peratus daripada 1,935,048 orang membabitkan 12 kewarganegaraan setakat ini.Timbalan Ketua Setiausaha Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata daripada jumlah itu, seramai 535,181 atau 60 peratus daripada warga asing Indonesia adalah pekerja/pendatang tanpa izin (PATI). "Mereka didaftarkan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P)," katanya dalam satu kenyataan di sini.Bangladesh berada pada kedudukan kedua dengan 233,938 orang PATI dan pekerja sah seramai 119,960, diikuti Nepal (25,307 PATI, 199,416 pekerja sah), Myanmar (101,483 PATI, 100,421 pekerja sah), India (37,780 PATI, 48,383 pekerja sah).Filipina pula seramai 43,787 PATI dan 4,175 pekerja sah, Vietnam (9,301 PATI, 37,707 pekerja sah), Pakistan (16,202 PATI, 10,662 pekerja sah), Kemboja (19,442 PATI, 5,232 pekerja sah), Thailand (5,279 PATI, 4,179 pekerja sah), China (1,634 PATI, 4,391 pekerja sah), Sri Lanka (3,505 PATI, 2,483 pekerja sah) dan lain-lain negara (2,555 PATI, 1,171 pekerja sah).Daripada jumlah itu, lapan daripada 12 kewarganegaraan didapati merekodkan jumlah PATI lebih tinggi berbanding pekerja asing sah, katanya."Filipina mencatatkan peratus terbesar dengan rekod 91 peratus PATI berbanding pekerja asing sah diikuti Kemboja 78 peratus, Bangladesh 66 peratus, Pakistan 60 peratus, Sri Lanka 58 peratus, Thailand 56 peratus, Myanmar 50 peratus dan Indonesia 40 peratus".Baki empat kewarganegaraan lain pula didapati merekodkan jumlah pekerja asing sah lebih tinggi berbanding PATI dengan Nepal mendahului senarai dengan 89 peratus pekerja asing sah lebih tinggi berbanding PATI, diikui Vietnam 80 peratus, China 73 peratus dan India 56 peratus. - BERNAMA