KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat pada Selasa menyampaikan ucapan selamat kepada semua rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54, Rabu.Ucapan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Negara Hilary Clinton, yang mewakili Presiden Barack Obama dan rakyat Amerika Syarikat. "Saya bagi pihak Presiden Obama dan rakyat Amerika Syarikat dengan sukacita menyampaikan ucap selamat kepada rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-54 kemerdekaan pada 31 Ogos ini," katanya.Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat dan dihantar ke Bernama oleh Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia di sini.Clinton berkata Amerika Syarikat menghargai hubungan rapat dua hala antara negara dan rakyatnya serta berdiri teguh dengan Malaysia sebagai sahabat dan rakan kongsi yang komited."Saya juga mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia di seluruh dunia," katanya."Semasa melawat Malaysia pada November lepas, saya bertemu dengan para belia, usahawan, pemimpin politik dan wakil masyarakat sivil yang ingin bersama dengan rakyat Amerika untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang lebih erat pada tahun-tahun akan datang," jelasnya.Clinton berharap untuk memperluaskan hubungan dua hala ke arah yang lebih makmur memandangkan usaha Malaysia magu menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. - BERNAMA