suria

Walau Sambut Aidilfitri, Jangan Lupa Perjuangan Pemimpin Terdahulu, Kata PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak melupakan perjuangan pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia dari penjajah.

Beliau berkata walaupun umat Islam masih dalam suasana keriangan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang masuk hari kedua hari ini, tetapi mengingatkan agar jangan sekali-kali melupakan perjuangan pemimpin yang pernah berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara.

"Dalam keriangan Aidilfitri saya harap kita tidak melupakan perjuangan pemimpin untuk mencapai kemerdekaan negara. Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-54," katanya dalam laman Twitter, Rabu.

Dengan bertemakan '1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera', sambutan hari kemerdekaan ke-54 tahun ini disambut dengan sedikit kelainan di mana ianya akan disambut serentak dengan Hari Malaysia pada 16 September depan.

Semalam, semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Perdana, Najib turut memotong kek sebagai tanda simbolik kepada sambutan Hari Kemerdekaan.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu patriotik oleh artis tanahair. - BERNAMA

Artikel Lain