ALOR SETAR: Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V mendahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena keputeraan ke-84 Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini, Ahad.Sultan Muhammad merupakan penerima tunggal Darjah Kerabat Kedah (D.K). Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula dianugerahkan Darjah Seri Setia Diraja Kedah (S.S.D.K) yang membawa gelaran Datuk Seri.Tiga orang penerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S) (gelaran Datuk Paduka) ialah pengasas Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing; Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin; dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.Pengarah Urusan United U-Li Corporation Berhad, Datuk James Lee Yoon Wah; Pengarah Jabatan Keselamtan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pesuruhjaya Datuk Salleh Mat Rashid; Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt-Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; dan Pegawai Khas Perdana Menteri, Prof Datuk Dr Khairul Annas Jusoh akan menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (D.G.M.K) (gelaran Datuk Wira).Penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Othman Abd Razak pula merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Mahkota Kedah (D.P.M.K) yang membawa gelaran Datuk.Darjah Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) yang juga membawa gelaran Datuk akan dianugerahkan kepada 44 orang manakala 18 lagi menerima Jaksa Pendamai (J.P).Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah akan mewakili Tuanku Abdul Halim menganugerahkan darjah serta bintang kebesaran tersebut di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, pagi Ahad.Antara penerima D.S.D.K. ialah ahli Parlimen Machang, Kelantan, Saifuddin Nasution Ismail; dua anggota Exco kerajaan Kedah, Ustazah Aishah Ghazali dan S. Manikumar; ahli Dewan Negara, Senator Boon Som a/l Inong; ahli perniagaan, Datuk Muhammad Ikmal Opat Abdullah; dan Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim.Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Paduka Rasli Basir, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Isa Ismail serta tiga Exco kerajaan negeri, Datuk Taulan Mat Rasul, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Tan Chow Kang antara penerima J.P. - BERNAMA