suria

3 Lemas Di Pantai Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Dua beradik dan seorang remaja dilaporkan mati lemas dalam dua kejadian berasingan di sini Isnin, menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Che Mahazan Che Aik.

Dalam kejadian pertama, dua beradik Mohamad Akmal Sanudin, 21 dan adiknya, Mohamad Izzudin Sanudin, 12 mati lemas pada 2 petang di Sedili Kecil.

Mohamad Akmal ditemui terapung kira-kira pukul 2.30 petang manakala adiknya dijumpai setengah jam kemudian, kata Che Mahazan.

Dalam kejadian satu lagi, seorang remaja, R. Richard ditemui mati lemas di Pantai Tanjung Balau pada pukul 2 petang.

Menurutnya kesemua mangsa dilaporkan mati lemas apabila ditarik ombak kuat ke kawasan air dalam.

Kesemua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat.

Orang ramai mengunjungi kawasan pantai di daerah ini sejak Sabtu lepas ekoran cuti panjang hujung minggu dan Tahun Baru Cina. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

12 NGO Puas Hati Penjelasan NFC

Artikel Lain