suria

Ada Pihak Cuba Gagalkan Jamuan Rakyat Sempena Tahun Baru Cina Di Perak

IPOH:Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata ada pihak cuba menggagalkan majlis jamuan rakyat sempena sambutan Tahun Baru Cina di pekarangan kediaman rasminya di sini, Selasa.

"Saya anggap perbuatan itu dilakukan 'kumpulan nakal' yang ingin menggagalkan sambutan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Ia tidak melunturkan semangat kerajaan negeri meneruskan majlis itu selepas menerima pelbagai pertanyaan berikutan SMS disebarkan kepada penduduk di negeri ini sebelum ini bahawa majlis itu dibatalkan, katanya.

Bagaimanapun, majlis berjalan lancar dengan lebih 5,000 orang mewakili segenap lapisan masyarakat menghadiri majlis itu yang diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun ke majlis itu yang bermula pukul 11 pagi sehingga 3 petang.

Berangkat sama Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Tuanku Zara Salim, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Musa dan Raja Puan Muda Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Tetamu dan rakyat yang hadir disajikan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan tempatan yang menarik serta persembahan daripada artis tempatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

12 NGO Puas Hati Penjelasan NFC

Artikel Lain