suria

941 Mangsa Pemerdaganan Orang Diselamatkan Sejak 2008

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri berjaya menyelamatkan 941 orang termasuk kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa jenayah pemerdagangan orang bagi tempoh 2008 hingga 31 Januari lepas.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata daripada jumlah itu, wanita adalah mangsa tertinggi dengan 562 orang, lelaki (261) dan kanak-kanak (118).

"Kesemua mangsa telah diselamatkan dan mendapat Perintah Perlindungan Tetap (PO) serta ditempatkan di rumah perlindungan," katanya kepada Bernama dalam satu kenyataan, di sini, Sabtu.

Mahmood yang juga Pengerusi Majlis AntiPemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO), berkata bagi tempoh 2008 hingga 13 Jan lepas, sebanyak 426 kes disiasat melibatkan tangkapan 599 orang.

Bagi tempoh yang sama juga, sebanyak 392 kes telah dituduh di bawah Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007, 235 kes masih dalam perbicaraan, 66 kes berjaya diselesaikan dan sabitan kes sebanyak 57 kes.

"Statistik kes penyeludupan migran dari 15 Nov 2010 hingga 31 Jan tahun ini adalah sebanyak 27 kes melibatkan 43 tangkapan dan seramai 616 orang migran yang diseludup," katanya.

Artikel Lain