suria

16 GRO Layan Pelanggan Di George Town Diberkas

GEORGE TOWN: Polis menahan 15 wanita warga China dan seorang warga Vietnam berumur lingkungan 20-an dan 30-an ketika mereka sedang melayan pelanggan di pusat hiburan di Jalan Penang di sini pagi Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Mohd Nasir Salleh berkata, dalam serbuan pukul 2.30 pagi itu sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat dari Ibu Pejabat Kontinjen turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang dipercayai menjadi orang tengah untuk mempromosi kegiatan GRO terbabit.

"Polis bertindak atas risikan dan maklumat awam telah beberapa kali melakukan serbuan di premis yang sama namun mereka masih tidak serik meneruskan kegiatan tidak bermoral itu," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Mohd Nasir berkata siasatan polis mendapati GRO terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Beliau berkata polis turut menahan dua lelaki tempatan dipercayai bertindak sebagai tonto kerana menghalang tugas polis. - BERNAMA

Artikel Lain