PORT DICKSON: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Rabu berkenan menghadiri majlis tahlil dan doa selamat di Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini.Majlis tersebut didakan sempena hari ulang tahun RAMD ke-79. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Pengerusi RAMD, Lt Jen Datuk Zulkiple Kassim, Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Datuk Razali Ahmad serta para pegawai kanan RAMD.Selesai majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Brig Jen Datuk Mustafa Abdul Manaf, Seri Paduka Baginda yang juga selaku Kolonel Yang Dipertua RAMD merenjis air mawar dan menabur bunga rampai di atas pusara parajurit.Tuanku Abdul Halim kemudian berangkat ke majlis sembah mengadap Pahlawan RAMD dan majlis santapan tengah hari di Wisma Perwira RAMD sebelum berangkat pulang ke Istana Negara, Kuala Lumpur.Pada majlis sembah mengadap, seramai 16 orang penerima Pingat Gagah Berani (PGB), dua penerima Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan seorang veteran RAMD, menerima cenderahati daripada baginda.Terdahulu Seri Paduka Baginda berangkat ke acara Hari Memperingati Pahlawan RAMD di Dataran Askar Melayu, Pusat Latihan Asas Tentera Darat. - BERNAMA