KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan yang bermula secara aman bertukar menjadi huru-hara apabila penunjuk perasaan melanggar penghadang polis bagi memasuki kawasan larangan di Dataran Merdeka.Berikutan pertempuran pada pukul 2.50 petang itu, polis melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata beberapa kali bagi menyuraikan orang ramai yang berkumpul di hadapan Jalan Raja dan Jalan Parlimen. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, mereka tidak mempunyai pilihan tetapi mengambil tindakan tegas kerana orang ramai sudah mula membaling objek dan merusuh ke arah Dataran Merdeka.Sebelum itu, perhimpunan itu dilakukan secara aman, apabila penunjuk perasaan bertukar-tukar salam mesra dengan pihak polus malah memberikan beberapa kuntum bunga kepada mereka.Pengerusi bersama Bersih, Datuk S. Ambiga telah berjanji bahawa perhimpunan itu tidak bermotifkan politik tetapi tidak seperti yang berlaku kerana para penyokong parti politik mula melaungkan sorakan “reformasi”.Para pemimpin pembangkan yang cuba menenangkan orang ramai masih tidak dapat membantu.Ahli Jawatankuasa Bersih, Wong Chin Huat yang dipetik sebagai berkata dalam portal berita mengakui bahawa penganjur hilang kawalan untuk menangani beribu-ribu peserta perhimpunan yang enggan mengikut arahan supaya tidak melanggar penghadang-penghadang yang dibuat oleh pihak polis.Ambiga dalam sidang media berkata, Bersih tidak menyokong tindakan penunjuk perasaan yang melanggar penghadang berkenaan dan menggesa pihak polis untuk melakukan siasatan.“Mereka seharusnya melakukannya mengikut undang-undang dan Bersih akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan,” katanya.Ambiga juga berkata, penganjur Bersih 3.0 telah mengeluarkan garis panduan bahawa tiada seorang pun boleh menyebut slogan parti pro-kerajaan atau pembangkang.Dipercayai orang ramai bertindak di luar kawalan selepas ucapan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang bertanyakan penunjuk perasaan jika mereka mahu menduduki Dataran Merdeka.Soalan beliau diikuti dengan laungan “hancur rempuh, buka pagar”.“Dataran (Merdeka) bukan dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ia milik rakyat,” kata beliau kepada orang ramai yang bersorak di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.Sebahagian penunjuk perasaan cuba untuk menembusi halangan sebelum itu apabila mereka tersangkut pada kawat berduri dan memijak halangan besi itu.Pada pukul 2 petang, penunjuk perasaan melakukan cara mereka sendiri di beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka.Terdahulu, Ambiga di Masjid Jamek berkata, Bersih telah mencapai matlamat mereka bagi menuntut pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.“Kami juga mahu supaya diwujudkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan menghormati hak-hak perlembagaan rakyat untuk hidup dalam persekitaran yang sihat,” katanya kepada orang ramai.Ambiga kemudiannya menggesa penunjuk perasaan supaya bersurai dan disertai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah lori yang bergerak ke arah Dataran Merdeka.Apabila Anwar tiba di Jalan Raja untuk menangani orang ramai, sejumlah besar penunjuk perasaan merempuh penghadang dan berarak ke arah Dataran Merdeka.Bernama melaporkan Anwar sebelum itu menggesa para penunjuk perasaan di Masjid Negara supaya menuju ke Dataran Merdeka walau apa pun terjadi sambil mengatakan mereka tidak seharusnya hilang semangat atau takut ditangkap.