KAMPAR: Seorang wanita terbunuh manakala anaknya yang berusia tiga bulan dan suaminya cedera apabila kereta yang mereka naiki mereka terbabit dalam kemalangan di Km 306.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Keng Siew Mei, 35, dari Petaling Jaya. Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita pada Ahad.Abdul Aziz berkata, anak perempuannya Tang Lee Yen yang mengalami cedera parah dikepala dan suaminya yang berusia 30 tahun turut dirawat di hospital yang sama.Beliau berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.30 pagi apabila kereta jenis Toyota Camry yang dipandu suami mangsa dikatakan gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh penghadang di tepi jalan.Kereta tersebut remuk di bahagian hadapan dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit, katanya.Mereka dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur. - BERNAMA