PUTRAJAYA: Wanita yang cedera dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini minggu lalu, didakwa atas tuduhan mengugut untuk mencederakan polis.Muhdalena Ahmad, 28, turut didakwa membawa pedang samurai. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Presint 1 di sini kira-kira pukul 2.30 petang pada 9 Julai.Muhdalena mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan ketika pendakwaan dijalankan terhadapnya di Hospital Putrajaya di sini.Pasangannya, Khalil Afendi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terkena tembakan di bahagian tangan dan ari-arinya.Hakim Mohd Kafli Che Ali menetapkan ikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 29 Ogos ini untuk sebutan semula kes.Timbalan Pendakwa Raya, Siti Balkiah Mohd Yazaid mewakili pihak pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.