Punch Gunalan.PETALING JAYA: Legenda badminton negara, Datuk Punch Gunalan yang berusia 68 tahun meninggal dunia pada awal Rabu.Punch Gunalan yang dilahirkan di Sepang, Selangor pada tahun 1944 merupakan salah seorang pemain perseorangan juga untuk beregu yang cemerlang. Beliau juga menjadi juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962.Pada 1970, Punch Gunalan mewakili skuad Piala Thomas dan sekali lagi pada 1973.Punch Gunalan memenangi pingat emas acara beregu di Sukan Asia pada 1970.Pada tahun 1974, beliau cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand.Punch Gunalan dianugerahkan Olahragawan Negara pada 1969 dan 1974.Selepas berhenti bermain, Punch Gunalan melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1992.