suria

Bajet 2013: Cuepacs Mahu Kerajaan Pertimbang Permintaan

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi CUEPACS, Rabu. Turut kelihatan Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng (dua, kiri). - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Cuepacs telah mengeluarkan senarai enam permintaan utama untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Bajet 2013 terhadap 1.4 juta penjawat awam, kata Presidennya, Datuk Omar Osman.

"Kami berharap kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada permintaan kami. Kami akan berpuas hati jika sekurang-kurangnya 70 peratus daripada permintaan dipenuhi," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini Rabu .

Enam tuntutan skim baru yang diumumkan termasuklah perumahan mampu milik di kawasan bandar, peningkatan elaun sewa, bonus tambahan selain dari bonus setengah bulan yang diperolehi kebelakangan ini dan nasib 45,000 pekerja kontrak yang mana kontrak berakhir 31 Disember ini.

Beliau berkata permintaan ini bukan baru tetapi telah menjadi sebahagian permintaan Cuepacs sejak 2010 dan telah mencapai peringkat kritikal.

"Perumahan mampu milik di bandar bagi penjawat awam adalah isu yang paling terdesak. Kami berharap kerajaan akan memperkenalkan dasar perumahan baru melalui Bajet yang memerlukan pemaju perumahan di bandar mengeluarkan rizab 35 peratus daripada projek-projek mereka untuk membina rumah berharga RM60,000 dan RM150,000," katanya.

Beliau juga menambah bahawa elaun perumahan sewa bulanan semasa sebanyak RM180 perlu ditambah untuk mencerminkan kadar pasaran sekarang.

Beliau berkata Kerajaan mesti menangani nasib beberapa 45,000 kakitangan kontrak yang mana tempoh mereka akan tamat pada 31 Disember.

"Kebanyakan mereka berusia antara 40 dan 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan untuk dibayar.

"Kami berharap Kerajaan akan mempertimbangkan untuk melanjutkan kontrak atau meletakkan mereka pada skim pencen atau skim kumpulan wang simpanan," katanya.

Sebagai tanda komitmen jika tuntutan dipenuhi, beliau berkata cadangan itu akan dibawa ke Kongres Cuepacs bulan depan untuk mendapatkan persetujuan penjawat awam untuk tambahan 30 minit kerja setiap hari.

"Jika bersetuju dengan cadangan itu, kertas cadangan akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha kepada Kerajaan untuk mengeluarkan pekeliling bagi tujuan itu," katanya.

Beliau berkata wakil jawatankuasa Cuepacs 'persekutuan dan negeri telah berusaha berjumpa dengan Perdana Menteri dan timbalannya untuk terus membincangkan perkara ini.

Bajet 2013 dijadualkan akan diumumkan pada 28 September.

Artikel Sebelum

Artikel Lain