KUALA LUMPUR: Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan menandatangani perjanjian damai selepas kedua-dua pihak mencari kata sepakat dengan mengadakan perbincangan, kata kedutaan.Penyelesaian muktamad tersebut dapat membantu memberi keamanan di kepulauan yang diduduki penduduk beragama Islam di Mindanao, yang merupakan tapak kepada pemberontak dan pernah membawa kepada pertempuran dengan kuasa-kuasa kerajaan dan membunuh beribu-ribu rakyat pada empat dekad lalu. Perjanjian damai tersebut juga penting kepada Malaysia, yang menawarkan bantuan bagi menyelesaikan konflik ini dengan menganjurkan perbincangan tersebut.Presiden Benigno Aquino dijangka akan mengumumkan perkembangan ini kepada media di Manila dalam masa terdekat.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan usaha Kerajaan Malaysia.Duta Filipina di Malaysia J. Eduardo Malaya menganggap perjanjian ini sebagai harapan baru untuk warga Filipina - umat Islam, Lumads, Kristian dan semua yang lain."Kami amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, fasilitator Tengku Ghafar dan lain-lain di Filipina dan masyarakat antarabangsa yang berusaha dengan sabar bersama Presiden Aquino dan panel kerusi Leonen dalam usaha yang agak panjang bagi mendapatkan keamanan," katanya.