KAJANG: Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu, atas dua pertuduhan membunuh iaitu pengusaha kedai tayar dan seorang model sambilan, bulan lepas.K.Kalaivanan, 48, dari Johor, didakwa bersama-sama seorang yang masih bebas dan lima orang yang telah dituduh sebelum ini melakukan kesalahan itu terhadap Leong Kian Sheong, 37, dan Vivien Wong, 20, yang juga seorang pelajar. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No. 1 Jalan SP6/3, Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras, di sini antara 6.10 pagi hingga 6.45 pagi, pada 13 Sept lepas.Bagi kesalahan itu, Kalaivanan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.Majistret Aina Azahra Arifin menetapkan 5 Dis untuk sebutan semula kes.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Siamala, manakala tertuduh diwakili peguam Geethan Ram Vincent. BERNAMA