KUANTAN: Wong Bentong - anak terakhir kepada mendiang Datuk Wong Ah Jang, seorang ahli perniagaan yang dikenali di sini kerana menamakan hampir kesemua anaknya dengan nama daerah di Pahang - telah meninggal dunia kerana sakit tua.Wong Bentong disahkan meninggal dunia di kediaman anak perempuannya di Rawang, pada jam 9.20 pagi Isnin. Mendiang berusia 87 tahun. Bekas guru besar itu merupakan anak bongsu dari kalangan 13 orang anak Ah Jang hasil perkongsian hidupnya dengan tiga orang isteri.Bentong adalah di antara 10 orang adik beradik yang dinamakan sempena nama tempat dan daerah di negeri Pahang oleh Ah Jang.Malah salah seorang anak Ah Jang dinamakan ‘Pahang’.Di samping itu beliau juga telah menamakan anak-anaknya dengan nama kapal wap.Anak perempuannya bernama Krona, iaitu sempena nama sebuah kapal wap yang beroperasi di Singapura.Lain-lain nama anak Ah Jang ialah Kwan Tan (dinamakan sempena nama Kuantan), Pekan, Lipis, Raub, Gambang, Beserah dan Jelai.Manakala dua lagi anaknya dinamakan sempena nama sungai di Pahang iaitu Boo Latt (Sg Belat) dan Lembing (Sg Lembing).Seorang lagi anaknya bernama Wong Pontian telah meninggal dunia tahun lepas.Anak kepada Bentong yang bernama Carol Wong masih ingat bapanya adalah seorang yang pemurah yang suka menjemput ramai orang berkunjung ke rumahnya ketika sambutan Tahun Baru Cina."Keluarganya adalah sangat penting kepadanya dan mendiang kekal bersama kerjaya gurunya sepanjang hayat."Selepas mendiang ditugaskan ke Negeri Sembilan pada tahun 1967, dia telah mendirikan rumahnya di situ tetapi pada setiap masa dia masih terkenangkan Kuantan,” ujar Carol.Anak lelaki Bentong, Stephen Wong berkata Ah Jang adalah seorang anak Pahang yang patriotik walaupun dia datang dari Negeri China pada usia remaja."Dia adalah keturunan Cina yang pertama di negeri Pahang yang mendapat gelaran Datuk dan mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan.“Oleh kerana dia mengenang budi Negeri Pahang kepada dirinya, Ah Jang telah menamakan hampir kesemua anaknya dengan nama daerah dan pekan di negeri itu," kata Stephen.