suria

Abdul Hadi Anggap Keputusan Bertanding Di Pekan Adalah Keputusan Parti

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap keputusan untuk bertanding di Pekan, Pahang, adalah berdasarkan keputusan parti.

Menurutnya, keputusan untuk beliau dan calon-calon lain bertanding adalah hasil perbincangan bersama yang dibuat oleh parti dan bukan keputusan sendiri.

"Saya bukan diktator, saya hanya mengikut keputusan yang dibuat oleh parti. Jika parti mahu saya bertanding di Pekan, maka saya akan bertanding di sana.

"Semua ahli perlu patuh kepada keputusan parti untuk letak bertanding di mana sahaja termasuk Sabah dan Sarawak," ujarnya dalam sidang media selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat, di sini, Selasa.

Abdul Hadi mengulas tentang kesediaannya menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasan Parlimen Pekan pada pilihan raya umum akan datang.

"PAS sudah bersedia menghadapi piliharaya yang bakal diumumkan tidak lama lagi dan boleh dikatakan hampir 90 peratus bersedia," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Abdul Hadi turut mengumumkan Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 akan diadakan pada 14 hingga 18 November ini di Kota Bharu, Kelantan.

Mesyuarat akan dimulakan dengan perasmian Dewan Pemuda Muslimat pada 14 November, manakala muktamar penuh akan berlangsung pada 15 November.

Artikel Lain