suria

Tindakan Tegas Terhadap Peniaga Ingkar Musim Perayaan - Ismail Sabri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat harga daging kambing yang dijual peniaga sempena lawatan hari pertama perlaksanaan skim kawalan harga musim perayaan Deepavali 2012 di Pasar Besar Sentul, K.Lumpur. Antara barang-barang harga terkawal adalah seperti ayam, daging kambing, telur, tomato, bawang merah kecil, ubi kentang dan kacang dhal. Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk S. Saravanan (dua, kiri). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang gagal mematuhi Skim Kawalan Harga Perayaan Deepavali.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya akan membuat pemantauan menyeluruh bagi memastikan peniaga mematuhi harga yang ditetapkan dan mempamer tanda harga berwarna merah jambu untuk 14 barangan terkawal bermula pada Khamis hingga 17 November.

"Kami tidak akan berkrompomi atau menggunakan budi bicara kepada peniaga yang melakukan kesalahan terutama mereka yang menjual melebihi harga ditetapkan.

"Untuk hari ini dan esok, kami akan memberi nasihat terlebih dahulu kepada peniaga sebelum tindakan diambil memandangkan kami telah memberi notis di media massa mengenai barangan kawalan," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan pertama pelaksanaan skim itu di Pasar Besar Sentul, di sini, Khamis.

Ismail Sabri berkata tinjauan mendapati kesedaran peniaga untuk mematuhi peraturan semakin meningkat memandangkan skim itu dilaksana setiap tahun pada musim perayaan.

"Malah ada peniaga yang menjual barangan lebih rendah daripada harga yang ditetapkan seperti daging kambing tempatan bertulang dijual pada harga RM32 sedangkan harga kawalan ialah RM35," katanya.

Beliau berkata kementerian mengeluarkan kompaun berjumlah RM19,398.50 kepada 175 peniaga ingkar semasa perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri lepas.

Ismail Sabri berharap pengguna menjalankan hak mereka dengan memaklumkan kepada kementerian jika terdapat peniaga yang enggan mematuhi peraturan.

Beliau turut memberi jaminan bekalan barangan keperluan untuk sambutan Deepavali minggu hadapan mencukupi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain