GEORGE TOWN: Ketidakhadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Koay Teng Hai pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin DAP.Setiausaha parti negeri, Ng Wei Aik berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pada Selasa. “Jawatankuasa kerja DAP negeri memutuskan bahawa ketiadaan Koay dalam sidang dari 1 November hingga 9 November melanggar peraturan parti,” katanya.Koay dikatakan terlepas sidang berkenaan kerana menghadiri satu program untuk pemimpin politik muda yang dianjurkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat dari 29 Oktober hingga 16 November.