Lim Kai Xiang, 7, berbisik sesuatu kepada kawan barunya, whispering Myra Lim, 7, (kanan) sambil diperhatikan ibu bapa mereka di SJKC Hun Bin, Tanjung Tokong. IPOH: Kira-kira 425,665 murid-murid akan memulakan sesi persekolahan darjah satu pada tahun depan.Malah ada diantara mereka turut menyertai program orentasi yang dikendalikan sekolah mereka. Walaupun belum menyesuaikan diri dengan suasana baru, murid-murid darjah satu di SJKC Ave Maria dilihat berada dalam keadaan tenang sepanjang sesi orentasi diadakan pada Jumaat.Murid-murid dapat merasakan suasana alam persekolahan dan mengikut arahan guru baru mereka ketika sesi perhimpunan khas.Mereka kemudiannya memasuki bilik darjah masing-masing manakala ibu bapa mereka menunggu di luar.Simon Tan, 36, turut mengambil rakaman video gelagat anak perempuannya, Tan Zhou Ru, 7, ketika di dalam kelas."Dia amat berminat untuk datang ke sekolah pada pagi ini dan tidak takut dengan suasana baru."Saya tidak begitu bimbang kerana dia mudah berkawan," katanya.Sharifah Nadia Syed Mohamad, 28, berkata anak perempuannya, Wan Nur Aliyawafa Muhamad Khairol, 7, turut teruja mencuba pakaian seragam sekolah dan kasut baru tetapi agak gementar pada pagi ini."Dia bertanya sama ada akan bertemu kawan baru atau akan ada sebarang kerja sekolah."Saya dan juga suami memutuskan untuk menghantarnya ke sekolah jenis Cina kerana mempelajari bahasa lain seperti Mandarin akan membantunya pada masa depan," katanya.Guru Besar Tan Lee Ei berkata kira-kira 306 murid-murid darjah satu mendaftar untuk sesi persekolahan 2013, berbanding 318 orang tahun ini."Ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai anak mereka."Adalah penting bagi mereka untuk bekerjasama dengan kami bagi mencapai keputusan terbaik buat mereka," katanya.