CYBERJAYA: Setakat Jumaat, hampir 1,000 wakil jualan dilantik oleh syarikat telekomunikasi di seluruh negara terlibat dalam Pakej Komunikasi Belia.Menurut satu kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Sabtu, jumlah wakil jualan yang dilantik oleh syarikat-syarikat telekomunikasi itu akan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa diseluruh negara untuk memastikan para belia dapat membeli telefon pintar 3G yang mereka idamkan dengan lebih mudah. "Mereka yang telah berjaya mendaftar diminta bersabar sedikit dan kerap menyemak senarai wakil-wakil penjual yang telah dilantik di laman-laman sesawang setiap syarikat telekomunikasi atau pemberi perkhidmatan di http://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html."Setiap syarikat telekomunikasi juga menawarkan beberapa model telefon pintar untuk para belia membuat pilihan. Disebabkan permintaan yang diluar jangkaan, ada kemungkinan tidak cukup stok atau kekurangan model telefon."Setakat ini, terdapat 28 jenis telefon yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di bawah skim ini," kata kenyataan itu pada Sabtu.Menurut kenyataan itu, model-model telefon ini akan ditambahkan dari semasa ke semasa oleh pihak syarikat selaras dengan penambahan stok dari yang sedia ada agar para belia mempunyai lebih banyak pilihan.Katanya lagi, perlu diingat bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi tidak menawarkan semua telefon pintar yang disenaraikan di bawah."Belia perlu ke laman sesawang syarikat-syarikat tersebut dahulu untuk melihat model telefon yang ditawarkan oleh setiap syarikat."SKMM menasihatkan para belia agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing-masing dan tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar. Setelah mendaftar, belia yang layak diberi tempoh 30 hari untuk menebus rebat RM200 mereka di wakil-wakil penjual yang dilantik," katanya.Jenis-jenis telefon:1. iPhone 5,2. Samsung Galaxy S3,3. Samsung Galaxy Mini 24. Samsung Galaxy Y5. Samsung Galaxy Note 26. Samsung Galaxy Ace Plus7. Samsung Galaxy S3 Mini8. Samsung Galaxy Note9. Samsung Galaxy Nexus10.LG Optimus LE E40011.HTC Desire C12.HTC One X13.HTC Wildfire S14.HTC Desire X15.HTC One S16.Nokia Asha 31117.Sony Xperia Tipo Single18.Sony Xperia SL19.Sony Xperia Ion20.Sony Xperia S21.Huawei Ascend P122.Windows Phone 8X By HTC23.Ninetology Blackpearl 2 i940024.Ninetology Stealth 2 i950025.Palette i530026.ZTE Acqua27.Buzz 4G Cloud Phone28.Insight i9430