ALOR SETAR: Seorang warga India berusia 35 tahun ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri kerana menyeludup dadah jenis syabu bernilai RM933,280.Dadah seberat 4.9kg itu ditemui disembunyikan dalam 39 gulung tiub plastik di dalam sebuah beg troli. Suspek yang tiba dari Chennai itu ditahan di lapangan terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah pada Ahad.Dia direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.