suria

Tweet Rakyat Malaysia Untuk Perpaduan, Keharmonian Negara

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama menyertai seruan perpaduan nasional dengan menyatakan mereka inginkan keharmonian.

Mereka mengambil bahagian dalam hastag #MyWant, salah satu inisiatif The Star Online untuk mengetahui apa yang rakyat inginkan untuk negara.

Maklum balas yang diterima amat memberangsangkan berdasarkan Tweet terbaru yang dimuat naik setiap minit pada Rabu.

Antara yang mengirim hasrat mereka adalah @Edmunndddnie yang berkata: “Tolong ketepikan isu perkauman. Saya masih mahu membeli Rojak dan nasi lemak seperti sebelum ini! manakala @mila8791 menegaskan: “Tida ada perbezaan kaum. Setiap warganegara adalah rakyat Malaysia!".

Soerang lagi pengguna @nbnaturee mengirim tweet "penyatuan nasional dan pemulihan hubugan antara kaum harus menjadi agenda No.1".

Turut menggesa Malaysia supaya bersatu adalah @alexanderKhoo yang mentweet: “Satu Malaysia di mana sesiapa saja boleh membeli roti canai murah, nasi lemak dan char kuey tiao.

Pengguna @julierusly menggesa Malaysia untuk kekal sebagai negara aman dan 'katakan tidak pada rasisme kerana saya rakyat Malaysia".

Ramai pengguna Twitter juga mentweet untuk kestabilan, pembangunan dan tadbir urus negara yang baik, media yang bebas dan adil, ketelusan, sistem pengangkutan dan pendidikan yang lebih baik selain menghapuskan rasuah.

Pengguna Twitter @aisyahmohd mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk mengimbas kembali perjuangan Tunku Abdul Rahman dalam menuntut kemerdekaan pada 1957.

"Bersatulah. Pada waktu itu (ketika zaman Tunku Abdul Rahman) kita semua bersatu; dalam perjanjian," katanya.

Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyuarakan idea menggunakan laman sosial sebagai platform untuk menyeru perpaduan dan perdamaian dengan menambah ahli politik juga perlu menerima idea tersebut.

Khairy berkata, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) tidak harus mencetuskan isu perkauman tetapi corak dan trend mereka dikaji demi kepentingan negara.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menjadikan muka depan The Star sebagai rujukan untuk menyuarakan harapan mereka terhadap kabinet baru yang dibentuk Perdana Menteri dan menyatakan hasrat parti itu.

"Ia mesti terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang menyokong slogan 1Malaysia dengan mendahulukan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama," katanya.

Beliau turut berkata kabinet harus menampilkan 30% wakil wanita dengan kesemua ahlinya komited memerangi rasuah.

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan