suria

ADUN DAP Melaka Tidak Amal Prinsip Demokrasi - Idris

Datuk Idris Haron
 Datuk Idris Haron
Datuk Idris Haron

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron membidas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP sebagai tidak mengamalkan prinsip demokrasi apabila tidak menghadiri istiadat angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini, pada Selasa.

Beliau berkata wakil rakyat pembangkang perlu bersifat lebih matang dalam berpolitik. "Kata "Democratic Action Party' tetapi sikap, pemikiran dan tindakan mereka tidak demokratik," katanya kepada pemberita selepas melepaskan Konvoi Vespa ke Makkah di kediamannya di Kampung Klebang Kecil di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Idris berkata portfolio Exco kerajaan negeri akan mengguna pakai portfolio di peringkat persekutuan bagi memastikan urusan kerajaan negeri dilaksanakan secara cekap dan berkesan selari dengan kerajaan persekutuan.

"Saya kira saya akan gunakan kaedah yang sama dengan bekas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam iaitu menunggu pelantikan menteri-menteri kabinet supaya ada satu kesinambungan," katanya.

Idris selepas mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri semalam berkata barisan Exco kerajaan negeri akan dilantik sebelum 15 Mei depan. -BERNAMA

Artikel Lain