Dr Ong Kian MingKUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dituduh sebagai pendatang asing oleh ahli parlimen pembangkang merupakan seorang pengundi berdaftar di Malaysia.Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming kini mahu bertemu dengan Chua Lai Fatt secara peribadi dan memohon maaf kepada Chua dan keluarganya berhubung dakwaan yang dilemparkan itu. Chua, berketurunan India namun diambil menjadi anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang serta memberikan nama kepadanya.Ketika dihubungi The Star, Chua bagaimanapun enggan ditemubual."Saya tidak mahu menjadi tumpuan pihak media," katanya.Dr Ong telah menggunakan nama Chua yang merupakan pengundi kali pertama sebagai contoh terhadap dakwaan bahawa Suruhnjaya Pilihan Raya telah mengeluarkan Mykad kepada pendatang asing pada 4, Mei, sehari sebelum pilihan raya umum berlangsung.Beliau telah membuat permohonan maaf dalam akhbar Cina berhubung dakwaan tersebut. Akhbar Cina memetik beliau memohon maaf atas kesilapannya menuduh Chua sebagai pendatang asing yang mengundi pada PRU-13."Saya akhirnya dapat mengenalpasti mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat."Saya juga mohon maaf kepada Chua dan ahli keluarganya," kata wakil DAP itu sambil menambah dia mahu memanjangkan permohonan maafnya itu kepada pengundi dan keluarganya.