suria

Tiada Komen Mengenai Jawatan Menteri Hingga Saya Angkat Sumpah Senator - Wahid

Abdul Wahid (kiri)bersama dengan Pengurus Besar Legoland Malaysia Siegfried Boers merasmikan model Menara Maybank yang diperbuat daripada kiub lego di Taman Tema Legoland, Nusajaya pada Sabtu

NUSAJAYA: Datuk Seri Abdul Wahid Omar engan mengulas mengenai pelantikannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sehingga beliau mengangkat sumpah sebagai Senator bulan depan.

"Saya tidak dapat memberi komen mengenai tugas sebagai menteri dalam barisan Kabinet baru sehingga saya memulakan tugas dengan Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan bangunan Menara Maybank yang diperbuat daripada kiub Lego di Taman Tema Legoland pada Sabtu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank itu berkata fokus utama beliau adalah meneruskan perkhidmatannya dengan bank berkenaan sebelum mengangkat sumpah sebagai Senator.

Abdul Wahid berkata beliau akan mengangkat sumpah pada Selasa, 4 Jun dan akan memulakan tugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi (EPU) keesokan harinya.

Beliau berkata antara tugasan terakhirnya sebelum meninggalkan industri perbankan adalah mengumumkan keputusan suku tahun pertama bank berkenaan pada Khamis, 23 Mei.

Ditanya siapa yang bakal menjadi pengganti beliau, Abdul Wahid berkata ahli lembaga pengarah telah mengenal pasti beberapa calon namun enggan mendedahkan beberapa nama yang telah disenarai pendek bagi jawatan Presiden dan CEO.

"Ia akan merupakan pemilihan ketat tetapi siapa yang dipilih (menggantikan saya), saya yakin, dia adalah pilihan terbaik mengetuai Maybank," ujarnya.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan