Kantin sekolah ditutup kerana kerja pengubahsuaian. SUNGAI BULOH: Tinjauan The Star ke SK Seri Pristana mendapati meja makan dan kerusi masih berada dalam bilik persalinan perempuan sekolah itu, tempat di mana pelajar bukan Islam makan sarapan pagi dan tengah hari sepanjang minggu lalu.Ketika memasuki perkarangan sekolah kira-kira pukul 6 petang Selasa, guru besar dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kelihatan tertekan kerana beberapa pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan menyoal mereka berulang kali mengenai tindakan tersebut. Mereka menunjukkan kepada kami bilik persalinan yang berada dalam keadaan bersih pada ketika itu.Dua meja dengan alas berwarna ungu diletakkan dalam ruang kecil dekat dengan bilik mandi dan singki serta kerusi.Kantin sekolah itu yang bertentangan dengan bilik persalinan baju dibuka semula untuk murid-murid pada Selasa atas arahan Menteri Pendidikan.Terdapat tiga bilik mandi dan tiga singki di dalam bilik tersebut yang betul-betul bersebelahan dengan tandas perempuan dan tandas orang kurang upaya.Menurut pegawai sekolah tersebut, terdapat kira-kira 28 pelajar bukan Islam di sekolah terbabit.Guru besarnya, Mohd Nasir Mohd Noor berkata, semua murid telah menggunakan bilik persalinan itu sejak Mac kerana ruang di kantin sekolah tidak mencukupi."Kemasukan pelajar meningkat melebihi 500 murid pada tahun ini. Malah kami tidak mempunyai bilik kelas yang cukup. Kami mempunyai purata kira-kira 49 murid dalam setiap kelas sekarang."Saya hanya memutuskan untuk memindahkan mereka ke bilik tersebut kerana kebanyakan murid-murid duduk di atas rumput atau berhampiran longkang kerana ruang yang terhad," katanya.Beliau berkata, kantin sekolah itu ditutup lebih seminggu yang lalu kerana kerja pengubahsuaian.Mohd Nasir membawa kami ke kantin itu untuk menunjukkan pintu kaca yang baru dipasang di sudut penjuru kantin tersebut.Kerja pengubahsuaian sudah berakhir minggu lalu, katanya."Kantin itu sepatutnya dibuka semula pada Isnin. Saya tidak tahu mengapa ia ditutup. Saya berada dalam mesyuarat pada hari tersebut," kata Mohd Nasir.Pengerusi PIBG, Hussein Mohd Ariff berkata, ahli persatuan itu menyedari situasi itu apabila ia dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)."Sebagai ibu bapa, saya rasa ia bukan idea baik tetapi keputusan bukan terletak di tangan saya," katanya.Sementara itu, Mohd Nasir menegaskan beliau tidak pernah mengamalkan diskriminasi terhadap para pelajar."Seperti yang anda boleh lihat, bilik mandi amat bersih. Hanya satu sebab saya memilih tempat itu kerana ia bilik paling dekat dengan kantin."Saya tidak bermaksud untuk mengapa-apakan murid-murid," katanya.