SEBAK...Keluarga mangsa sebak selepas proses pengecaman mayat mangsa kemalangan bas jatuh gaung berhampiran Genting Highland di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur malam Rabu.-fotoBERNAMAKUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S.Jeyaindran meminta waris yang mengesyaki anggota keluarga mereka maut dalam nahas bas di Genting Highlands datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan pengecaman.Beliau juga meminta mereka membawa dokumen peribadi mangsa dan diri sendiri bagi membuktikan mereka adalah waris mangsa. Katanya, identiti mangsa yang maut hanya akan dapat disahkan selepas selesai bedah siasat dan pengecaman oleh waris."Ini untuk mengelak berlakunya sebarang kesilapan kerana kebanyakan maklumat pengenalan diri gagal ditemui pada mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini.Dr Jeyaindran berkata proses bedah siasat ke atas 37 mayat sudah bermula sejak 11.20 malam Rabu dan dijangka selesai 9.30 pagi Khamis."Bagi setiap sesi bedah siasat sejam diperlukan, dan dengan bilangan 12 pakar forensik yang ada, pihak kami mampu melakukan bedah siasat empat mayat dalam satu sesi," katanya.Mengenai 16 mangsa yang terselamat, Dr Jeyaindran berkata enam daripada mereka masih kritikal manakala 10 lagi stabil.Beliau juga mengesahkan tiada kanak-kanak terlibat dalam tragedi itu. - BERNAMA