suria

Ali Rustam Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka

AYER KEROH: Datuk Seri Mohd Ali Rustam menerima dengan hati terbuka keputusan perwakilan yang tidak memilihnya menduduki satu daripada jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan, pada Sabtu.

"Mereka (perwakilan) mengetahui bagaimana hendak membuat keputusan dan saya sebagai calon, menerima apa juga keputusan yang dibuat ini dengan hati terbuka. Terima kasih kepada semua perwakilan dan bahagian yang memilih saya sepanjang pemilihan hari ini.

"Kepada yang menang jawatan ini, saya ucapkan tahniah dan berharap mereka akan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Naib Presiden dengan berkesan bagi membantu Datuk Seri Najib Razak mengukuhkan parti.

"Saya sendiri, walaupun tewas pada pemilihan kali ini, akan tetap terus bekerja keras untuk membantu Presiden parti dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mentransformasikan Umno," katanya.

Artikel Lain