KUANTAN: Mayat wanita Indonesia yang dihanyutkan air dalam kejadian banjir lumpur selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet, di Cameron Highlands 23 minggu lepas, ditemui pada Isnin.Mayat Jawarti Abdul Rahim, 24, ditemui dalam timbunan kayu dan sampah sarap di tepi Sungai Bertam kira-kira 2km dari tempat dia dilaporan hilang. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat wanita itu ditemui pada 12.30 tengah hari oleh seorang pemilik kebun di kawasan itu.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di sini untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama di sini hari ini.Dalam kejadian banjir lumpur 23 Oktober lepas itu, tiga terbunuh - dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung - dan seorang dilapor hilang.Kejadian itu turut memusnahkan kira-kira 80 rumah dan lebih 100 kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu. -BERNAMA