suria

Zan Azlee Dedah Ada Kaitan Dengan Mangsa Jadi Hamba Di London

Zan Azli Zainal Abidin.
Zan Azli Zainal Abidin.
Zan Azli Zainal Abidin.

PETALING JAYA: Lebih ramai ahli keluarga tampil berkongsi maklumat berhubung laporan seorang wanita warga Malaysia yang diselamatakan daripada menjadi hamba domestik di selatan London selama 30 tahun sebagai Aishah Mautum.

Dalam laporan Astro Awani, editor majalah siaran tersebut Zan Azlee Zainal Abidin telah dikenalpasti sebagai saudara wanita tersebut.

Dalam satu temubual pada Selasa, Zan berkata, tiada siapa dalam keluarganya menjangkakan wanita warga Malaysia yang diselamatkan itu adalah sepupu kepada ibunya yang hilang sejak 30 tahun lalu.

Zan berkata, laporan bahawa Aishah adalah antara wanita yang menjadi mangsa perhambaan di London tidak pernah terlintas di fikirannya.

Katanya, ketika Aishah berada ke London, kebanyakan ahli saudaranya termasuk datuknya pergi ke sana untuk memujuk Aishah supaya pulang tetapi dia enggan.

Menurut Zan, kali terakhir Aishah berhubung dengan keluarganya adalah pada 1980.

Zan berkata, penglibatan Aishah dalam politik amat mengejutkan keluarga itu.

Tambahnya, ahli keluarganya kini berada dalam keadaan sedih dan berharap agar wanita yang diselamatkan itu bukan Aishah.

Zan memberitahu The Star Online, bahawa ahli keluarganya tidak boleh 100 peratus yakin kerana ia akan mengecewakan mereka sekiranya wanita tersebut adalah orang lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain