suria

Tidak Rasmi: Sothinathan, Saravanan Menang Naib Presiden MIC, Keputusan Rasmi Diumum Esok

PETALING JAYA: Datuk S.Sothinathan dan Datuk M. Saravanan menang jawatan naib presiden MIC, menurut keputusan tidak rasmi.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung MIC A.Sakthivel berkata keputusan rasmi pemilihan tiga jawatan naib presiden MIC hanya akan diumum pada Ahad.

Seramai 96 calon bertanding bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) parti dalam pemilihan kali ini yang dibuat semasa Perhimpunan Agung MIC di Melaka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan majlis pada hari kedua (Ahad).

Pada pemilihan kali ini, lapan calon bertanding untuk jawatan naib presiden manakala baki 88 lagi bertanding untuk kerusi CWC, jumlah calon bertanding tertinggi dalam sejarah parti.

Artikel Lain