suria

Wanita Hilang Ditemui Mati Lemas Di Pantai Sri Tujuh

KOTA BAHARU: Seorang wanita yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Jubakar Darat, Simpangan, Tumpat, ditemui mati lemas dan terdampar di Pantai Sri Tujuh, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Zaharudin Rasip berkata mayat wanita berusia 38 tahun itu ditemui terdampar oleh pemancing di pantai tersebut pada 6.30 petang, kira-kira satu kilometer dari kawasan perkelahan di pantai itu.

"Anggota keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada 4 Dis lepas dan pada hari sama, ada laporan daripada orang awam mengenai penemuan kereta yang digunakan oleh mangsa di kawasan sekitar.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan mendapati mangsa mati akibat lemas," katanya.

Katanya mayat wanita itu telah dituntut oleh anggota keluarganya sejurus selepas bedah siasat selesai.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Tidak Pernah Rasis - PM

Artikel Lain