Tan Cheng Liang (kiri) dan Heng Seai Kie.KUALA LUMPUR: Datuk Heng Seai Kie dan Tan Cheng Liang bersedia untuk merebut jawatan Ketua Wanita MCA pada pemilihan parti itu, 20 Disember ini.Walaupun tempoh pencalonan masih tinggal lima hari saja lagi, saingan jawatan tertinggi itu bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu diantara mereka. Heng, 51, merupakan Ketua Wanita MCA Bahagian Perak, manakala Tan, 54, tewas kepada Ooi Siew Khim dalam saingan merebut jawatan Ketua Wanita MCA Bahagian Pulau Pinang, bulan lalu.Tarikh pemilihan dijadualkan pada 20 Disember.Tan akan mengumumkan pencalonannya di Wisma MCA di sini pada petang Rabu, manakala Heng memaklumkan mengenai pendiriannya pada minggu lalu.Jawatan yang akan dipertandingkan pada pemilihan itu nanti adalah pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi (empat kerusi) dan ahli jawatankuasa pusat (25 kerusi).