suria

Warga Filipina Ke Tali Gantung Kerana Edar Dadah

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung terhadap pengendali mesin berat dari Filipina kerana kesalahan mengedar dadah pada 26 Mac tahun lalu.

Rhian De Guzman,29, pada Rabu, didapati bersalah mengedar 3,790.1 gram Methamphetamine kira-kira pukul 1.40 petang di Kompleks Kuarantin dan Kastam Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab berkata Rhian, dalam pembelaannya, gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap tuduhan yang dibuat terhadapnya.

Artikel Berikut

1,073 Mangsa Banjir Di Pahang

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan