suria

11 Termasuk Empat Pegawai Kastam Ditahan, Dadah Bernilai RM14 Juta Dirampas

Mohd Bakri (tiga, kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas yang dianggarkan bernilai RM14 juta pada Sidang Media mengenai penumpasan dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan di Kuala Lumpur, Selasa. Foto YAP CHEE HONG / THE STAR

KUALA LUMPUR: Polis mematahkan sindiket penyeludupan dadah dengan penahanan 11 individu, termasuk empat pegawai Jabatan Kastam dan merampas dadah bernilai RM14 juta.

Difahamkan pegawai Kastam berkenaan bekerjasama dengan sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup masuk dadah ke negara ini.

Antara lain yang ditahan dalam serbuan itu adalah empat warga Nigeria dan seorang warga India, yang merupakan anggota sindiket.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, polis membongkarkan sindiket itu berikutan siri serbuan di Nilai dan Lembah Klang antara 14 dan 16 Disember.

"Kita percayai mereka terlibat dalam aktiviti ini selama setahun.

"Kita jangka lebih banyak tangkapan akan dibuat tidak lama lagi," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Selasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain