JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri johor merampas 10 komputer dengan 22 salinan perisian cetak rompak bernilai RM1.4 juta dari dua kilang di sini. Pengarah KPDNKK negeri, Ayub Abdul Rahman pada Khamis berkata, kementerian membuat serbuan di dua kilang di Senai dan Taman Industri Jaya pada 4 dan 5 Mac. "Berdasarkan maklumat, dua kilang tersebut menggunakan perisian berkenaan untuk operasi perniagaan mereka. "Tindakan mereka itu adalah kesalah di bawah Akta Hak Cipta 1987," katanya.