suria

Bapa Menteri Kesihatan Meninggal Dunia

S. Subramaniam.

KUALA LUMPUR: Bapa kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam, KV Sathasivam meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya, kira-kira 9.40 malam Khamis.

Difahamkan mendiang meninggal dunia akibat sakit tua.

Setiausaha akhbar Menteri Kesihatan K.Sivakumar ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Difahamkan mayat mendiang akan dibawa ke Melaka untuk diberi penghormatan terakhir sebelum dikebumi pada Sabtu. 

Artikel Lain