PETALING JAYA: Kerajaan Vienam mengesahkan pesawat Boeing 777-200 yang hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pagi Sabtu hilang di ruang udara negara itu. Menurut satu kenyataan di laman rasmi mereka mengatakan bahawa Malaysia Airlines (MAS) pesawat MH370 memasuki ruang udara Vietnam selama seminit sebelum dikesan hilang. "Kedudukan pesawat tidak dapat dikesan," kata kenyataan itu sambil menambah bahawa isyarat itu hilang semasa di ruang udara wilayah Ca Mau. Memetik Leftenan Jeneral Vo Van Tuan, seorang pegawai kementerian pertahanan, kenyataan itu berkata pesawat itu sedang beralih ke kawalan trafik udara bandar Ho Chi Minh pada pukul 1.22 pagi waktu tempatan, tetapi tidak kelihatan. Krew pesawat tidak berkomunikasi dengan kawalan trafik udara. Pasukan mencari dan menyelamat Vietnam sedang mencari pesawat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dan China.