KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tuduhan liwatnya. Beliau bersama peguam Ramkarpal Singh memfailkan notis rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan jam 10.30 pagi Isnin. Ramkarpal berkata Anwar akan berada di pejabat pendaftar mahkamah sebelum pukul 1 tengahari untuk menandatangani kertas ikat jamin beliau. Pembantu Anwar Ibrahim Yaacob muncul sebagai penjamin datang pada pukul 10.30 pagi untuk proses pentadbiran.