Pasukan itu diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsular Republik Rakyat China Guo Shao Chun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 8 malam Isnin.
Anggota pasukan itu terdiri pegawai polis, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar.
Guo berkata kedatangan pasukan mereka antara lain juga bertujuan menguruskan keperluan dan keselesaan waris penumpang pesawat MH370 dari negaranya.
Pasukan khas itu akan berpangkalan di Kedutaan Republik Rakyat China, Jalan Ampang di sini dan memulakan tugas mereka malam Isnin.
"Kita menggesa Malaysia agar mempercepat siasatan bagi menyelesaikan kes ini," kata Guo.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.
Pesawat itu membawa penumpang terdiri warganegara 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.