Saingan berkenaan menyaksingan pertembungan dua pemimpin wanita berpengaruh daripada kedua-dua parti politik.
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun akan mewakili BN manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili partinya pada PRK itu.
Tiada calon Bebas hadir menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman.
PRK Kajang diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang berikutan peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.